Tuesday 3 February 2015

Salam perkenalan

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 1


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Alhamdulilah, hari ini 2 Februari 2015, cuti umum sempena Thaipusam. Pejam celik kita sudah melepasi sebulan di tahun 2015. Betapa cepatnya masa berlalu umur pun sudah beranjak satu angka.

Namaku Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar. Nama yang pada tahun 1976 boleh dikatakan agak panjang dan unik. Nama diberi oleh nenek saudara Allahyarhamah Sharifah Kamariah Syed Zain. Memang pada zaman dulu nama anak-anak banyak diberikan oleh orang-orang tua. Alhamdulilah boleh dikatakan setakat ini cuma aku sahaja yang mempunyai nama seperti ini di Malaysia heheheehe. Dilahirkan di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Convent Batu Gajah Perak. Tamat di sekolah menengah seterusmya melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia dalam bidang perakaunan. Pada mulanya aku hendak meneruskan pelajaran dalam bidang IT(Information Teknologi) tetapi atas nasihat bapaku aku meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan. 

Tamat pengajianku, setelah hampir 9 bulan menganggur aku ditawarkan pekerjaan sebagai Audit Junior di sebuah firma audit di Kuala Lumpur. Gaji pun tidak banyak tapi Alhamdulilah Allah kurniakan aku pekerjaan. Kata orang kerja di firma audit memang mencabar dan membebankan . Balik lambat, kena kejar dateline dan pelbagai benda yang perlu dihantar dan dilaporkan. Aku ? Hmm ini yang peliknya aku bekerja santai, tanpa rasa tertekan dan sekali sekala balik lambat. Bukan aku sahaja malahan semua rakan sekerja aku. Jadi tidak hairan kalau ada di antara pekerja di situ sudah berkhidmat lebih dari 5 tahun walaupun gaji dan faedah tidak banyak ditawarkan.

Setelah hampir setahun setengah, aku mula berpaling arah. Aku berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta terkemuka dalam bidang perladangan dan aku kekal di situ selama 10 tahun. Bekerja sebagai Eksekutif kewangan memang agak mencabar terutama dalam menyediakan laporan kewangan. Sebelum menyediakan laporan kewangan,semua data  perlu  disemak terlebih dahulu supaya apa yang dihasilkan dalam laporan kewangan adalah tepat dan reliable. Tambahan pula perlu berurusan dengan pihak juruaudit luar dan dalam, ejen tax dan pihak lemabaga hasil dalam negeri memang sesuatu yang amat memenatkan.

Genap 10 tahun aku bekerja di syarikat tersebut, syarikat aku menawarkan VSS (Voluntary Seperation Scheme). Dilema. Sangat dilema. Ambil atau tidak? Apa yang perlu aku lakukan. Niat untuk berhenti memang sudah ada disebabkan suamiku sudah mula memulakan ternakan kambing di kampung halamannya. Setiap minggu kami berulang alik ke Bagan Datoh untuk melihat ternakannya. Memang memenatkan dan dari situ aku sudah mula rasa hendak berhenti kerja. Tetapi apa yang perlu aku lakukan untuk menampung perbelanjaan aku. Petunjuk dari solat istikharah dan gerak hati walaupun dengan hati yang berat, aku mengambil VSS. Sedih, pilu, sayu dan pelbgai rasa ada tetapi petunjuk dari Allah SWT dan ingin menjadi hamba yang diredhai aku tetap cekalkan hati untuk mengambil VSS. 

Buntu dan tidak tahu apa perlu dibuat aku mula mencari kerja semula. Alhamdulilah Allah masih lagi membuka peluang pekerjaan di tempat lain walaupun tidak sebaik apa yang aku perolehi sebelum ini. Tetapi aku perlu ingat, apa yang aku perolehi sebelum ini datang dari Allah SWT. Rezekiku di tangan Allah dan apa yang diberi dan apa yang ditarik kembali adalah hak mutlak Allah. Aku sebgai hamba perlu taat, patuh dan redha apa sahaja yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Senang cakap tapi hendak melaksanakan Masya Allah susahnya. Bekerja di tempat baru bukanlah sesuatu yang lain dari tempat lama. Skop perkerjaan tiada banyak beza dari tempat lama. Cuma lagi bertambah disebabkan tempat baru ini adalah syarikat kecil. Maka semua yang berkaitan akaun  dan kewangan memang dipertanggungjawabkan ke atas diriku. Tetapi sifat manusia memang suka membuat perbandingan. Aku mula membuat perbandingan tempat lama dan tempat baru .Setiap hari aku teringatkan rakan rakan di tempat lama sampai ke suatu tahap aku mula mempersoalkan kembali adakah tindakan yang aku ambil betul atau salah. Apabila sampai ke tahap itu aku sedar aku mula kufur dengan nikmat yang Allah berikan. Aku mempersoalkan apa yang Allah telah tentukan untuk aku. Berdosanya aku.

Dari situ aku tanya kembali diri aku. Apa sebenarnya impian aku? Apa yang aku sebenarnya hendak lakukan dalam hidup aku? 

Impian aku cuma mahu menjadi isteri dan anak yang diredhai dan dirahmati Allah dan Insha Allah semoga Allah memberi aku rezeki untuk bergelar ummi di masa yang akan datang. Dan aku ingin sekali menambah ilmu di jalan Allah SWT. Semakin hari semakin aku rasa terlalu banyak benda yang aku tidak tahu dan bagaimana mungkin aku dapat menjadi seorang ibu,isteri dan anak  yang baik sekiranya aku tidak berilmu. Setengah orang berhenti kerja kerana hendak menumpukan perhatian kepada anak-anak. Tetapi aku masih belum dikurniakan zuriat, dan aku rasa tidak salah sekiranya aku berhenti kerja. Tambahan pula niat suami yang ingin menetap di kampung membuatkan aku rasa aku perlu mencari alternatif lain untu menjana pendapatan tanpa terikat di satu-satu tempat.

Di sinilah bermulalah perkenalan aku dengan ABDR. Aku diperkenalkan dengan ABDR oleh rakanku. Sudah  lama beliau  mempromosikan ABDR tapi pada masa itu aku masih berada dalam keadaan selesa. Apabila aku sedar apa yang aku lakukan sekarang menyukarkan aku mencapai impianku , aku perlu mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan. Tujuannya untuk mendapat kebebasan kewangan supaya aku dapat lakukan apa yang aku inginkan. Bukan untuk mendapat kekayaan tetapi cukup sekadar mendapat rezeki yang diredhai,dberkati dan dirahmati Allah. 

Di ABDR  aku diperkenalkan dengan Puan Anys. Kini beliau akan menjadi mentor aku untuk aku mengubah kehidupan aku. Mungkin orang lain berpendapat sebab aku berhenti kerja tidak kukuh dan tidak ada sebab untuk aku berhenti kerja. Aku cuma perlu beri masa untuk diriku dan belajar mengadaptasi diriku di tempat baru, tetapi aku rasa di umur yang hampir 40 tahun ni aku perlu lakukan sesuatu agar umur yang diberi oleh Allah dapat digunakan untuk membuat kebajikan dan kebaikan. Insha Allah.

ABDR ini akan aku jadikan sebagai platform untuk aku mencari ilmu mengenai bisnes online seterusnya memberi peluang untuk aku menjana pendapatan dari rumah sambil aku dapat lakukan perkara yang aku ingin lakukan untuk menjadi hamba yang diredhai oleh Allah SWT Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dapat dijadikan inspirasi dan panduan yang berguna di dunia dan akhirat yang kekal abadi. Terima kasih untuk semua yang sudi memberi tunjuk ajar dan menerima diri ini seadanya terutama Puan Anys Idayu Zakaria.




4 comments:

  1. Assalammulaikum roommate!
    Betul, rezeki di tangan Allah...
    Trust HIM, He has better planning for you dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ rossen.. lama tak dengat berita.. really appreciate your comment

      Delete
  2. Inshaa Allah kak mai boleh! Jangan berharap pada manusia sb akan kecewa, tetapi berharaplah pada Allah s.w.t pasti berjaya...:)

    ReplyDelete