Wednesday 8 April 2015

Era GST

Teks : Maizatul Sharin
Entri 32

Assalamualaikum.. Lama sungguh aku tidak menulis dalam blog.  Semenjak GST aku perlu melakukan kerja lebih masa untuk mengemaskini akaun yang dalam peralihan menggunakan sistem baru. Hendak cakap lebih lebih pun tidak boleh sebab lain komen, lain cerita pulak.

Memang betul, apabila hendak melakukan perubahan tersangat susahnya. Terasa hendak berhenti kerja pun ada. Baru hendak berasa selesa, terpaksa kembali semula ke pembelajaran semula. Penat jangan cakaplah. Pulang dari kerja jam hampir 9 malam. Sampai rumah sudah jam 10 malam. Nampak katil, selepas solat, tidak perlu cerita banyak ZZZZZ. Ya Allah memang tidak berdaya rasanya untuk melihat blog. Tapi hari ini aku perlu kuat. Sudah rindu rasanya hendak menulis.

Sesiapa yang ada melanggan Hypp TV, rajin rajinkan menonton siaran 113. Banyak kuliah agama yang boleh kita tonton. Memandangkan kita selalu disibukkan dengan hal dunia, sekurang kurangnya dengan menonton rancangan ini bolehlah sikit sikit menambah ilmu.

Aku tidak berapa ingat nama ustaz tersebut tetapi aku suka dengan teguran beliau. Antaranya

Kita sibuk membuat simpanan untuk hari tua, tetapi bagaimana pula simpanan selepas mati. Sedangkan kehidupan akhiratlah yang kekal. Kita kurang beri perhatian terhadap hal ini.

Jadi pesanan untuk diri aku sendiri, lebih fokus kepada simpanan hari akhirat. Rezeki di dunia Allah SWT sudah tentukan. Usaha wajib kita lakukan, tetapi yang tentukan adalah Allah SWT. Bukan senang untuk aku lakukan. Aku sentiasa risau duit tidak cukup. Berat hendak bersedekah sedangkan bersedekah membuka pintu rezeki. Jadi wahai Maizatul, serahkan segala pada Allah SWT. Tugas aku adalah untuk untuk menunaikan hak Allah SWT yang telah dipertanggunjawab ke atas diri aku. TANAM,PAHAT DAN KONKRITKAN DALAM HATI. Insha Allah.

Tips merapatkan kasih sayang, beri salam.


Sekaian Wassalam