Tuesday 10 February 2015

Masa dan LRT

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri : 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Hari ini sudah masuk hari Selasa. Cepat sungguh hari berlalu. Seperti biasa pukul 6.30 pagi aku sudah mula bergerak ke pejabat. Kerja di mana mana pun rutin biasa keluar dari rumah mesti pukul 6.30 pagi.Tidak boleh lambat. Kalau lambat sikit sangkutlah dalam traffic jam.

Bekerja di tempat baru aku hanya pergi menggunakan pengangkutan awam. Tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas. Naik LRT, cari tempat duduk dan ZZZZZZ. Sungguh tidak produktif. Hehehe.

Tetapi lama kelamaan aku sudah rasa tidak boleh tidur. Maka dengan itu bermula episod aku melihat gelagat orang. Memang pelbagai kerenah yang aku boleh lihat sepanjang menaiki LRT. Ada yang tidur (macam aku), ada yang membaca dan ada juga berbual sesama sendiri. Tetapi yang paling aku selalu dapat tengok penumpang melayan handphone walaupun sambil berdiri.

Memang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit (kalau turun di tempat aku) memang ada beberapa perkara yang kita boleh buat dalam tempoh itu. Dulu ya aku memang akan tidur, tetapi lama kelamaan rasa hendak tidur  makin lama makin berkurangan. Oleh itu untuk memenuhi masa terluang selama 20 minit aku dapati ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan:

Aktiviti pertama
 1) Melayari gadget.
  •  Tidak kira handphone atau tab.  Boleh melayari apa apa sahaja yang anda suka. Jadi jangan hairan kalau kita boleh melihat penumpang senyum seorang diri sebab semua sibuk melayari web kegemaran masing

2) Baca buku. 
  • Tida kira buku apa novel, suratkhabar dan buku bercorak agama. Disyorkan membaca buku yang boleh memberi manfaat sebab berada dalam LRT tidaklah terlalu lama jadi tidak sempat hendak rasa bosan sudah hendak turun. Walaupun bunyinya macam tidak praktikal tetapi sekurang kurangya kita dapat juga membaca walau sedikit. Novel juga boleh tetapi tidak digalakkan untuk orang yang gila novel sebab masa terlalu singkat.(Untuk gila novel macam aku, masa yang tenang dan lapang disarankan untuk membaca novel dengan tenang)

3) Yang terbaik, membaca Al-Quran, berzikir
  •  Tidak perlu membawa Al- Quran tetapi dalam handphone sudah ada aplikasi Al-quran. Sambil sambil itu kita boleh cuba menghafal surah surah pendek terutama surah surah akhir di Juz 30. Boleh juga  membaca tafsir Alquran di dalam handphone. Dari pemerhatian aku memang sudah ramai yang lakukan ini . Alhamdulilah. Yang belum buat mari kita sama sama buat. Walaupun sekejap tetapi ada juga kebaikan. 

4) Ucapkan selamat pagi dan salam kepada rakan rakan kita melalaui wassup .
  • Dengan kata lain merapatkan silaturahim di waktu pagi

5) Tidur
  • Aktiviti yang amat popular. Jangan salah sangka dengan mengatakan mereka malas atau tiada kerja lain selain tidur, tetapi kita perlu ingat mungkin mereka telah memulakan hari mereka lebih awal dari kita dan dengan tidur sekejap seolah olah dapat  mengecaskan semula tenaga dan meneruskan kerja dengan rasa lebih segar. Betul tak?  

Akiviti aktiviti tersebut adalah aktiviti biasa. Tiada yang luar biasa pun. Tetapi daripada kita termenung sekurang kurangnya ada juga aktiviti yang boleh kita lakukan. Betulkan ?


Sekian



No comments:

Post a Comment