Tuesday 31 March 2015

Selamat Menyambut GST

Teks ; Maizatul Sharin
Entri 31

1 April .. akhirnya engkau datang juga. Maka bermulalah era GST. Adakah kita bersedia menghadapinya? Terpulang kepada pendapat masing-masing. Topik ini sangat sensitif. Silap komen jadi viral pulak. Kalau ditanya dengan yang membangkang, pasti semua yang buruk buruk. Kalau ditanya kepada yang menyokong pasti semua yang baik baik sahaja. Maka perkara GST adalah bersifat subjektif. Tidak ada yang betul atau yang salah. Oleh itu memandangkan banyak barang yang akan dikenakan GST maka sama sama kita :

  • Kurangkan berbelanja untuk beli kehendak,tetapi simpan untuk belanja keperluan
  • Pastikan dahulu barangan yang dibeli Standard rated atau zero rated. Ingat bahan mentah zero rated (tidak dekenakan cukai). Rajin rajin semak web custom (gst.custom.govr.my)
  • Semak sama ada penjual adalah berdaftar atau tidak. Penjual yang tidak berdaftar tidak boleh kutip GST
 Sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari aku yang tidak seberapa. Semoga tabah menghadapi GST. Ingat, rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Sekian Wassalam






Monday 30 March 2015

GST oooo GST

Teks : Maizatul Sharin
Entri :30

Assalamualaikum WBT

Catatan ringkas untuk GST yang akan datang. Sekiranya anda di bahagian Kewangan, antara perkara yang perlu diambilkkira untuk pematuhan GST
  • Accounting software mesti  GST compliant
  • Untuk industri peruncitan pastikan mendapat kelulusan untuk menggunakan simplified tax invoice
  • Penyimpanan rekod yang teratur untuk tempoh 7 tahun
  • Sentiasa sabar apabila menelefon Custom sebab Custom sangat sibuk melayan pemanggil yang lain
Ok Selamat menempuh era GST

Sekian wassalam


Thursday 26 March 2015

Petua menghilangkan sesunggut aka period pain

Teks : Maizatul Sharin
Entri 29

Assalamualaikum WBT

Agak lama tidak menulis blog. Baru baru ini aku kena sesunggut. MasyaAllah, kali ini teruk pula. Sampai boleh jadi demam. Ini adalah salah satu kesan dari endometriosis. Selalunya aku boleh tahan, tapi kali ini lain macam pula. Rasanya macam 'contraction' pula. Tapi macamlah aku tahu bagaimana rasa contraction sebab aku tidak pernah mengandung dan melahirkan anak. 

Badan rasa seram sejuk. Kaki sudah sejuk. Pelbagai rasa ada. Aku cuba untuk hadkan pengambilan penahan sakit maka aku cuba alternatif paling mudah.





  • Madu
  • Lemon
  • air suam

Aku minum ini. Minum beberapa kali dan rehat iaitu tidur. Memang susah hendak tidur tetapi pejamkan mata. Kaki pun sudah kejang. Bila aku terjaga sakit sudah berkurangan. Masih ada denyutnya tetapi berkurangan dan aku boleh tahan.

Petua yang paling mudah. Alhamdulilah

Sekian , Wassalam

Saturday 21 March 2015

Tanda tanda Taqwa

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 28
Sumber Habib Ali  Zeinal Abidin Al-Hamid 9.30 pm TV AlHijrah 20/3/2015

Tanda tanda taqwa :-

  • Sentiasa berinfaq
  • Tahan marah terutama ketika berada di tahap yang sangat marah
  • Memberi kemaafan 
  • Ihsan iaitu sentiasa berbuat baik terutama kepada kedua ibu bapa
  • Istighfar. Segera istighfar apabila membuat dosa walaupun dosa kecil

Peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali mempersoalkan hukum Allah SWT.INGAT. kita hamba, diizinkan oleh Allah untuk hidup di dunia ini. Jadi suka atau tidak suka DIAM. Jangan pandai sangat hendak beri komen. Hukum Allah adalah terbaik. Jangan hendak bandingkan dengan hukum manusia yang terlalu banyak pincangnya. Di mana letak akal fikiran kita sehingga sanggup membandingkan hukum Allah dengan manusia? Allah SWT yang Maha Bijaksana. Manusia serba kekurangan tetapi masih ada sebilangan hamba-Nya yang pandai pandai bagi komen. SIAPA KITA? Hisab diri kita sendiri sebelum Allah SWT hisab kita.




1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15
Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak

PM@Whatsup@Call@Missed Call  012 3027966 (Mai)

Thursday 19 March 2015

Nasi Arab mudah,sedap dan cepat

Teks : Maizatul Sharin
Entri 27

Assalamualaikum WBT

Sesiapa yang suka makan pelbagai jenis nasi Arab (tidak kiralah mandi.khabsa,maqlubah) ada cara mudah untuk masak. Sebagai seorang isteri, hati rasa teringin hendak menyediakan masakan nasi Arab untuk keluarga. Bila melihat dalam tv dan cara masakannya, tidaklah terlalu sukar tetapi kekadang tidak menjadi. Jadi untuk para isteri yang baru mula mula hendak belajar membuat nasi Arab apa kata kita cuba dulu dengan cara mudah. Perkenalkan

Nasi Mandy, Maqluba dan Kabsah


Caranya amat mudah. Rujuk sahaja belakang kotak. Memandangkan aku pun bukanlah pandai masak tetapi untuk memangkinkan semangat hendak memasak nasi Arab,aku cuba dulu cara mudah. Sedikit demi sedikit kita tingkatkan lagi cara memasak kita. Bila kita memasak, keluarga makan, semangat untuk memasak semakin membara hehehe.  Yang penting mudah dan cepat.


1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15
Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak
 
Ada sesiapa berminat wassup@pm@sms@call@missed call
Mai - 012-302 7966

Bak kata En Suami, bila makanan dimasak dari tangan isteri, rasa akan menjadi bertambah sedap tidak kiralah bagaimana ia dimasak.
Mudah, Sedap, Cepat.


Sekian Wassalam

Wednesday 18 March 2015

Nasi Mandi Ayam dan Kambing

Teks : Maizatul Sharin
Entri : 26


Assalamualaikum WBT

Ha.. hari ini aku hendak perkenalkan satu produk baru. Memandangkan bulan puasa menjelang tiba dan pada masa ini tekak teringin macam macam tetapi tidak berkesempatan, ada cara mudah untuk memasak.

Nasi mandy memang sedap dimakan. Aromanya..wah boleh batal puasa. Aku pernah mencuba membuat nasi mandi menguunakan produk ini tetapi maaflah terlupa hendak mengambil gambar. Tetapi memang mudah untuk memasaknya. Rasa pun enak. Pendek kata kalau sudah masak menggunakan produk ini, aku rasa tidak perlulah untuk pergi ke restoran Arab. 

Aku memperkenalkan 



Set Nasi Mandy Kambing dan Ayam (RM 15 sekotak)
2 kotak mandy kambing 
2 kotak mandy ayam
RM 60 + RM10 kos penghantaran
RM70 harga termasuk pos penghantaran
 
Berminat pm 012 3027966 @ Maizatul 
atau
 isi borang tempahan

Sedap! Cubalah sebab aku sendiri pernah cuba. Mudah dan cepat. Resepi dan cara membuat sudah disediakan di kotak. Ikut sahaja. Insha Allah jadi. Bukankah seronok apabila keluarga kita makan hasil masakan kita. Rasa puas bila masak sendiri walaupun  pakej segera :-)
 
Sekian Wassalam 

Monday 16 March 2015

Resepi ayam kampung masak kicap

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 25

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku cuti dan kebetulan mendapat bekalan percuma ayam kampung dari sepupu, maka En Suami hendak makan ayam kampung masak kicap. Sebenarnya, ayam kampung agak liat berbanding ayam yang dibela. Dan disebabkan itu, ia lebih elok untuk masakan berkuah seperti kari, lemak atau rendang. Tetapi memandangkan En Suami suka ayam masak kicap maka resepi hari ini ayam kampung masak kicap. Resepinya :-

Bawang besar,bawang putih, halia, asam jawa, cili merah, bunga lawang, kulit kayu manis

Setengah ekor ayam kampung yang diperap bersama tepung gandum utuk menghilangkan bau hanyir

Bawang besar dikerat setengah,halia dan bawang putih ditumbuk bersama


Tumbuk separuh lumat. Tidak perlu terlalu lumat
Goreng ayam

Selepas goreng ayam, tumis bahan bahan yang sudah ditumbuk

Apabila sudah naik bau, masukkan cili boh sedikit


Masukkan juga asam jawa

Kacau dan biarkan ia mendidih

Sedia untuk masukkan kicap

Kicap sudah dimasukkan.

Bila kicap sudah sebati, masukkan hirisan bawang dan cili merah

Bila semua sudah sebati, masukkan ayam kampung yang telah digoreng. Masak sehingga kuah dan ayam  sebati bersama

Siap dan sedia untuk dimakan


Sekadar berkongsi resepi yang ringkas.

Sekian , Wassalam

Friday 13 March 2015

Adab adab memasuki tandas

Teks Maizatul Sharin
Entri 24
Sumber - Ustaz Abdul Rahman - Felio Dakwah Yadiem- TV Al Hikmah - Hyp TV (Channel 113)


Assalamualaikum WBT umat Rasullulah SAW

Salam Sejahtera. Semoga pagi ini kita semua dikurniakan keberkatan dalam menjalani kehidupan harian.

Bila bangun pagi, selalunya apa yang kita buat? Tentulah pergi ke tandas. Maka atas sebab itu mari kita amalkan apa yang Rasullulah SAW ajar umat baginda.

Adab adabnya :-

  • Baca doa masuk tandas
  • Masuk dengan kaki kiri
  • Bila masuk tandas, pastikan segala apa yang tertulis dengan kalimah Allah SWT ditanggalkan atau dikeluarkan. Bukan setakat nama Allah SWT ya, termasuk nama para Anbiya dan juga para ulama. Ini sebagai menghormati kesucian nama Allah SWT. Dari hadith sahih, Baginda Rasullullah SAW sendiri menanggalkan cincin baginda yang ada kalimah Allaah SWT. Tetapi umtuk handphone yang ada Applikasi AlQuran, itu tidak mengapa sebab ia disimpan dalam bentuk memori.
  • Jangan membuka aurat secara terus
  • Buang air  jangan menghadap atau membelakangi kiblat. Ini bedasarkan hadis sahih dari Imam Bukhari Muslim ' apabila salah seorang kamu pergi menunaikan hajat, janganlah kamu menghadap atau membelakangi kiblat.'Tetapi untuk mazahab Imam Shafie, kalau kita menunaikan hajat di tempat tertutup seperti dalam tandas, tidak mengapa. Adab ini terpakai sekiranya kita membuang air di tempat terbuka. Contoh membuang air di dalam semak berikutan tidak dapat mencari tandas.
  • Jangan buang air sambil berdiri (terutama orang lelaki)
  • Makhruh membuang air di tempat air bertakung
  • Makhruh buang air di dalam lubang. Dikhuatiri lubang tersebut adalah tempat tinggal makhluk Allah SWT yang lain.
Sekadar perkongsian untuk sama sama kita memperbaiki diri sendiri. Aku juga insan yang selalu kalah dengan hawa nafsu, jadi bila membaca coretan sendiri boleh mendatangkan perasaan malu kalau diri sendiri tidak amalkan. Maka pesanan untuk diri sendiri. 

Sekian Wassalam

Wednesday 11 March 2015

Amalan harian mengikut Sunnah Rasullulah SAW

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri ; 23


Selalu aku bercerita pasal memjemput rezeki, tetapi mari kita betulkan niat kita. Kita berbuat sesuatu bukan semata mata untuk mejemput rezeki tetapi yang paling utama adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapat keredhaan-Nya. 

Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah untuk Allah SWT. Pesanan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yamg sudi membaca tinta dariku yang tidak seberapa, mari sama sama kita amalkan sunnah Rasullullah di waktu pagi selepas bangun tidur.

  • Bangun sebelum subuh---> Buat qiam walaupun sekejap.
  • Baca Al-Quran sebelum subuh----> Rasullulah SAW  buat setiap hari
  • Solat sunat sebelum subuh
  • Solat Dhuha


Sekian Wassalam

Monday 9 March 2015

Resepi ikan talapia masak sambal

Teks ; Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 22

Bila di kampung ada pelbagai aktiti boleh dilakukan. Antaranya menjala. Bila hari hujan parit parit di kampung akan penuh dengan ikan. Talapia, sepat, keli dan puyu antara yang popular. Rezeki kami hari itu talapia. Sebesar tapak tangan lelaki dewasa


Malam itu, lauk kami adalah talapia masak cili. Tapi sebelum itu basuhlah dahulu dengan garam dan lemon.


Garam dan lemon itu membasuh ikan
Selepas membasuh dan rendam bersama asam jawa, boleh sediakan bahan bahan. Bahan bahan mudah sahaja. Aku memang suka ringkaskan resepi. Bagi aku kalau rasa sudah sama tidak perlu letak banyak sangat bahan. Antara bahan yang akan digunakan untuk masak ikan talapia

Cili merah,bawang besar dan bawang putih



Tumbuk bawang putih sampai lumat

Tumbuk pula bawang merah 
Tumbuk pula cili merah sampai lumat
Sementara itu lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sedia untuk digoreng
Gorengkan ikan. Sengaja guna minyak banyak sebab hendak garing
Hampir masak

Sudah masak
Tumis pula bahan bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak dan biarkan sampai masak

Bila sambal sudah masak,curahkan sahaja di atas ikan. Jadilah ikan talapia masak sambal.

Sekian. Wassalam

Friday 6 March 2015

En Suami Usahawan Kambing

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 21

Assalamaulaikum WBT

Hari ini hari Sabtu. Hari untuk istirehat. Maka aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung keduaku, kampung En. Suami. Di sana En Suami mempunyai satu projek kecil kecilan. Bolehlah, untuk mengisi masa lapang apabila kami pulang ke kampung. Kalau tidak lepas makan, asyik tidur saja sampai bosan.

Di kampung sebenarnya terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa kosong. Maklumlah rumah kampung, jadi kawasan memang besar berbanding rumah kami di bandar. Terasa luas pemandangan apabila berada di kampung. 

Jadi inilah projek kecil kecilan En Suami. Sila berkujung di blog En Suami

Masa bersantai

Masa meragut.

Meragut lagi.

Anak kambing yang baru berusia seminggu,bersama ibunya
Saya baru hendak belajar makan rumput
Saya sudah gemuk
En Suami kata, beliau hendak ikut  jejak para Anbiya sebab kebanyakan para rasul pada usia muda pernah menjadi penggembala. Contoh Rasullulah SAW, Nabi Musa  AS dan Nabi Yaakub AS. 

Sekian Wassalam

 



Syukur

Teks : Maizatul Sharin bt Mohamad Mokhtar
Entri : 20

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku ditugaskan untuk mengira komisen pekerja dan seterusnya memeriksa pengiraan overtime dan claim. Pertama kali aku lakukan memandangkan sebelum ini aku hanya bertanggungjawanb dalam penyediaan laporan kewangan sahaja. Tetapi di tempat baru ini dari A sampai Z semua aku perlu lakukan. Banyak perkara yang perlu dipelajari.

Bila aku terima dan mula memeriksa overtime pekerja, aku terkejut. Sebab? Nama aku tersenarai sebagai penerima attendance allowance. Aik aku pun layakkah? Aku tanya semula kepada rakan sekerja aku yang bertanggungjawab dalam pengiraan gaji. Rupa-rupanya setiap pekerja layak mendapat attendance allowance sekiranya dia bekerja sebulan tanpa MC atau cuti. Ini sudah bagus.

Rezeki tidak disangka sangka. Ya Allah ya Tuhanku, Alhamdulilah.  Mungkin sesetengah orang merasakan jumlah yang aku terima tidak banyak tetapi aku tetap bersyukur sangat sebab terasa Allah mendengar doaku. Ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk bekerja.

Biarpun segunung rezeki atau sekumit rezeki yang Allah kurniakan aku sebagai  hambaNya  tetap bersyukur. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal, yang berkat, yang diredhai kepada kita semua. Amin

Sekian Wassalam







Thursday 5 March 2015

Tips menjemput rezeki dan kebahagiaan dalam kehidupan

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri : 19
Sumber : Mudahnya Menjemput Rezeki - Fathuri Salehudin


Assalamualaikum WBT



Mohon jangan salah anggap apabila membaca tajuk post aku. Aku sekadar berkongsi apa yang telah aku baca dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Saudara Fathuri Salehudin. Aku sendiri pun sedang dalam mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT dunia akhirat. Bukan senang nak capai memandangkan aku hanya manusia biasa yang sentiasa tewas dengan hawa nafsu. Maka apabila aku membaca buku ini, perkara yang perlu aku lakukan bukanlah susah sangat, tapi melawan godaan syaitan dan rasa malas, itulah masalah utama

Orang selalu berkata, si polan itu memiliki segalanya. Rumah besar, harta melimpah, isteri dan anak yang cantik dan comel kerjaya bagus pasti dia bahagia. Benarkah? Kalau begitu kenapa masih ada ramai orang kaya tetapi tidak bahagia.  Bill gates,lelaki terkaya di dunia sanggup bersara dari syarikatnya sendiri semata mata mahu memberi tumpuan kepada kerja kerja kemasyarakatan. Hakikat hidup sebenar bukan terletak pada kekayaan material tetapi kekayaan sebenar adalah dari hati dan jiwa yang tenang dengan kata yang lain kekayaan jiwa.

Untuk mendapat ketenangan jiwa. kita sebagai orang Islam Allah sudah berikan formula formula-Nya.  Jadi di sini aku ingin kongsikan apa yang aku sudah baca dan aku dan mohon agar  sama sama kita dapat lakukan :

  • Solat Dhuha - untuk menjemput rezeki yang paling santai.  Seeolok eloknya sebelum kita memulakan kerja, mulakan dengan solat dhuha. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah ketenangan hati.  Apabila hati tenang datanglah pelbagai tekanan daripada pelbagai sudut, insy Allah hati akan tenang menghadapinya
  • Solat tahajud. Inilah yang paling susah untuk  buat. Memang selalu gagal, padahal pada ketika inilah Allah SWT turun ke langit dunia untuk mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya yang berdoa
  • Besedekah. Bersedekah menolak bala. Metematik manusia 1-1=0 tetapi matematik Allah SWT 1-1=10. Jadi jom bersedekah.
  • Zikir dan asma Ul Husna  - Zikir yang paling utama adalah 'Lailahaillallah".
  • Solat hajat -  Selalu buat solat hajat sebab Allah SWT suka pada hamba-Nya yang meminta. 
  • Solat istikharah. Bukan dalam pemilihan jodoh sahaja, tetapi untuk semua perkara. Sukar membuat pilihan maka mintalah kepada Allah SWT. He knows what is best for us.
  • Solat berjemaah. 
  • Baca Al- Quran . "Al-Quran merupakan papan tanda ke syurgaa. Banyak membaca Al - Quran sama ada dengan memahami atau tanpa memahaminya akan mendekatkan diri kepada Allah - Fathuri Salehudin"
Ini adalah sebahagian dari apa yang aku baca. Semoga aku sendiri dapat amalkan apa yang aku baca.

Sekian Wassalam.

Tuesday 3 March 2015

8 pintu syurga

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 18
Sumber : Masjid Ar Ridzuan, 1/3/2015 - Ustaz Wan Kashah dan Ustazah Nor Bahiyah


Assalamualaikum WBT

8 pintu syurga

1) Pintu para Anbiya - Pintu untuk para nabi, Rasul dan dermawan
Kalau kita bukan hartawan, memadailah bersedekah dengan memberikan senyuman. Senyum adalah satu sedekah juga.

2) Orang yang mengerjakan solat dengan sempurna dan menjaga wuduk.
Cuba untuk menjaga wuduk setiap masa sebab bila ada wuduk, malaikat mendekat,syaitan menjauh.

3) Orang yang mengeluarkan zakat daripada harta benda

4) Orang yang suka menyuruh membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5) Orang yang menahan diri daripada mengikut hawa nafsu
Contoh terbaik, Nabi Yusuf AS menolak godaan Zulaikha kerana takutnya baginda dengan Allah SWT

6) Orang yang mengerjakan haji dan umrah.

7) Orang yang berjihad di jalan  Allah SWT.
Antara amalan, bangun untuk tahajud dan juga mencari rezeki yang halal.

8) Orang yang memejamkan mata dari benda dan perbuatan haram
Banyakkan amalan melakukan kebaikan, buat baik dengan ibu bapa dan menyambung silaturahim


Sekian , Wassalam

Monday 2 March 2015

Pemakanan semasa tempoh pantang selepas pembedahan endometriosis

Teks : Maizatul Sharin bt Mohamad Mokhtar
Entri : 17
Sumber : Klinik Dr Hamid Arshat

Assalamualaikum WBT

Selepas menjalani pembedahan laparoskopi aku perlu menjaga pemakanan untuk meningkat imuniti badan dan mengawal tumbesaran endomotriosis. (Endometriosis akan ada selagi kita datang haid)

1) Makan makanan berkhasiat -  Katakan tidak kepada junk food, fast food , makanan bergula, tepung tinggi protein dan makanan dalam tin . Kurangkan makanan yang tinggi asid  tinggi eg daging merah

2) Lebihkan bahan bahan mentah dan segar. Contoh sayuran,ulaman dan buahan. Untuk makanan berlauk banyakkan bakar, stim dan rebus. Banyakkan makan ikan . Tetapi aku pernah baca satu pendapat yang mengatakan untuk pesakit cyst, endometriosis dan fibroid elakkan makan ikan keli, pari dan bawal hitam sebab ia boleh mempercepatkan tumbesaran cyst.

3) Buat jus buahan sendiri.Sebab jus yang dijual di kedai mesti ada campur gula dan bahan bahan kimia yang tidak boleh dikenali oleh badan kita. Apabila  badan kita tidak mengenalpasti kandungan bahan maka ia akan menukarkan bahan yang tidak dikenali tersebut sebagai lemak. Ini juga salah satu cara untuk mengawal berat badan. Tipsnya mudah, kalau kita sendiri tidak tahu apa benda kandungan makanan itu, apatah lagi badan kita. Jadi kalau boleh ambil makanan yang kita sendiri kenal supaya badan pun kenal. Bila badan kenal maka senang badan hendak tukarkan kepada tenaga atau bahan buangan. Mudahkan!

4) Amalkan makanan sunnah. Kurma, minyak zaitun, anggur,kismis dan pelbagai jenis makanan sunnah. Bak kata doktor, kalau Rasullulah SAW sendiri yang makan, takkanlah makanan itu tidak elok. Betul tak ?

5) Makan ubat dan supplemen yang diberikan oleh Doktor

6) Basuh luka bedah setiap hari. 

7) Yang ini opsyen. Aku tidak galakkan makan pati haruan. Ya betul luka di permukaan memang tertutup dengan cantiknya tapi luka di dalam ia melekat di dinding organ yang lain. Ini pengalaman aku sendiri. Terpulang. Kalau baik untuk anda teruskan, tapi kalalau jadi macam aku baik jangan ambil.

Ini adalah perkongsian dari pengalam aku sendiri dan juga dari sumber Klinik Dr Hamid Arshat. Lain orang mungkin lain cara penjagaannya. Ikut mana yang bersesuaian.


Sekian ,Wassaalam.