Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015

Era GST

Teks : Maizatul Sharin
Entri 32

Assalamualaikum.. Lama sungguh aku tidak menulis dalam blog.  Semenjak GST aku perlu melakukan kerja lebih masa untuk mengemaskini akaun yang dalam peralihan menggunakan sistem baru. Hendak cakap lebih lebih pun tidak boleh sebab lain komen, lain cerita pulak.

Memang betul, apabila hendak melakukan perubahan tersangat susahnya. Terasa hendak berhenti kerja pun ada. Baru hendak berasa selesa, terpaksa kembali semula ke pembelajaran semula. Penat jangan cakaplah. Pulang dari kerja jam hampir 9 malam. Sampai rumah sudah jam 10 malam. Nampak katil, selepas solat, tidak perlu cerita banyak ZZZZZ. Ya Allah memang tidak berdaya rasanya untuk melihat blog. Tapi hari ini aku perlu kuat. Sudah rindu rasanya hendak menulis.

Sesiapa yang ada melanggan Hypp TV, rajin rajinkan menonton siaran 113. Banyak kuliah agama yang boleh kita tonton. Memandangkan kita selalu disibukkan dengan hal dunia, sekurang kurangnya dengan menonton rancangan ini bolehlah sikit sikit menambah ilmu.

Aku tidak berapa ingat nama ustaz tersebut tetapi aku suka dengan teguran beliau. Antaranya

Kita sibuk membuat simpanan untuk hari tua, tetapi bagaimana pula simpanan selepas mati. Sedangkan kehidupan akhiratlah yang kekal. Kita kurang beri perhatian terhadap hal ini.

Jadi pesanan untuk diri aku sendiri, lebih fokus kepada simpanan hari akhirat. Rezeki di dunia Allah SWT sudah tentukan. Usaha wajib kita lakukan, tetapi yang tentukan adalah Allah SWT. Bukan senang untuk aku lakukan. Aku sentiasa risau duit tidak cukup. Berat hendak bersedekah sedangkan bersedekah membuka pintu rezeki. Jadi wahai Maizatul, serahkan segala pada Allah SWT. Tugas aku adalah untuk untuk menunaikan hak Allah SWT yang telah dipertanggunjawab ke atas diri aku. TANAM,PAHAT DAN KONKRITKAN DALAM HATI. Insha Allah.

Tips merapatkan kasih sayang, beri salam.


Sekaian Wassalam

Tuesday, 31 March 2015

Selamat Menyambut GST

Teks ; Maizatul Sharin
Entri 31

1 April .. akhirnya engkau datang juga. Maka bermulalah era GST. Adakah kita bersedia menghadapinya? Terpulang kepada pendapat masing-masing. Topik ini sangat sensitif. Silap komen jadi viral pulak. Kalau ditanya dengan yang membangkang, pasti semua yang buruk buruk. Kalau ditanya kepada yang menyokong pasti semua yang baik baik sahaja. Maka perkara GST adalah bersifat subjektif. Tidak ada yang betul atau yang salah. Oleh itu memandangkan banyak barang yang akan dikenakan GST maka sama sama kita :

  • Kurangkan berbelanja untuk beli kehendak,tetapi simpan untuk belanja keperluan
  • Pastikan dahulu barangan yang dibeli Standard rated atau zero rated. Ingat bahan mentah zero rated (tidak dekenakan cukai). Rajin rajin semak web custom (gst.custom.govr.my)
  • Semak sama ada penjual adalah berdaftar atau tidak. Penjual yang tidak berdaftar tidak boleh kutip GST
 Sekadar perkongsian yang tidak seberapa dari aku yang tidak seberapa. Semoga tabah menghadapi GST. Ingat, rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Sekian Wassalam






Monday, 30 March 2015

GST oooo GST

Teks : Maizatul Sharin
Entri :30

Assalamualaikum WBT

Catatan ringkas untuk GST yang akan datang. Sekiranya anda di bahagian Kewangan, antara perkara yang perlu diambilkkira untuk pematuhan GST
  • Accounting software mesti  GST compliant
  • Untuk industri peruncitan pastikan mendapat kelulusan untuk menggunakan simplified tax invoice
  • Penyimpanan rekod yang teratur untuk tempoh 7 tahun
  • Sentiasa sabar apabila menelefon Custom sebab Custom sangat sibuk melayan pemanggil yang lain
Ok Selamat menempuh era GST

Sekian wassalam


Saturday, 21 March 2015

Tanda tanda Taqwa

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 28
Sumber Habib Ali  Zeinal Abidin Al-Hamid 9.30 pm TV AlHijrah 20/3/2015

Tanda tanda taqwa :-

  • Sentiasa berinfaq
  • Tahan marah terutama ketika berada di tahap yang sangat marah
  • Memberi kemaafan 
  • Ihsan iaitu sentiasa berbuat baik terutama kepada kedua ibu bapa
  • Istighfar. Segera istighfar apabila membuat dosa walaupun dosa kecil

Peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali mempersoalkan hukum Allah SWT.INGAT. kita hamba, diizinkan oleh Allah untuk hidup di dunia ini. Jadi suka atau tidak suka DIAM. Jangan pandai sangat hendak beri komen. Hukum Allah adalah terbaik. Jangan hendak bandingkan dengan hukum manusia yang terlalu banyak pincangnya. Di mana letak akal fikiran kita sehingga sanggup membandingkan hukum Allah dengan manusia? Allah SWT yang Maha Bijaksana. Manusia serba kekurangan tetapi masih ada sebilangan hamba-Nya yang pandai pandai bagi komen. SIAPA KITA? Hisab diri kita sendiri sebelum Allah SWT hisab kita.




1 nasi mandy kambing Yaman (kotak hijau) RM15
1 maqluba ayam (kotak oren) RM15
1 mandi ayam saudi (kotak biru) RM15
1 Nasi kabsah ayam (kotak merah) RM15
Jumlah RM60
Kos pos RM11 (skynet) / RM25 SabahSarawak

PM@Whatsup@Call@Missed Call  012 3027966 (Mai)

Friday, 13 March 2015

Adab adab memasuki tandas

Teks Maizatul Sharin
Entri 24
Sumber - Ustaz Abdul Rahman - Felio Dakwah Yadiem- TV Al Hikmah - Hyp TV (Channel 113)


Assalamualaikum WBT umat Rasullulah SAW

Salam Sejahtera. Semoga pagi ini kita semua dikurniakan keberkatan dalam menjalani kehidupan harian.

Bila bangun pagi, selalunya apa yang kita buat? Tentulah pergi ke tandas. Maka atas sebab itu mari kita amalkan apa yang Rasullulah SAW ajar umat baginda.

Adab adabnya :-

  • Baca doa masuk tandas
  • Masuk dengan kaki kiri
  • Bila masuk tandas, pastikan segala apa yang tertulis dengan kalimah Allah SWT ditanggalkan atau dikeluarkan. Bukan setakat nama Allah SWT ya, termasuk nama para Anbiya dan juga para ulama. Ini sebagai menghormati kesucian nama Allah SWT. Dari hadith sahih, Baginda Rasullullah SAW sendiri menanggalkan cincin baginda yang ada kalimah Allaah SWT. Tetapi umtuk handphone yang ada Applikasi AlQuran, itu tidak mengapa sebab ia disimpan dalam bentuk memori.
  • Jangan membuka aurat secara terus
  • Buang air  jangan menghadap atau membelakangi kiblat. Ini bedasarkan hadis sahih dari Imam Bukhari Muslim ' apabila salah seorang kamu pergi menunaikan hajat, janganlah kamu menghadap atau membelakangi kiblat.'Tetapi untuk mazahab Imam Shafie, kalau kita menunaikan hajat di tempat tertutup seperti dalam tandas, tidak mengapa. Adab ini terpakai sekiranya kita membuang air di tempat terbuka. Contoh membuang air di dalam semak berikutan tidak dapat mencari tandas.
  • Jangan buang air sambil berdiri (terutama orang lelaki)
  • Makhruh membuang air di tempat air bertakung
  • Makhruh buang air di dalam lubang. Dikhuatiri lubang tersebut adalah tempat tinggal makhluk Allah SWT yang lain.
Sekadar perkongsian untuk sama sama kita memperbaiki diri sendiri. Aku juga insan yang selalu kalah dengan hawa nafsu, jadi bila membaca coretan sendiri boleh mendatangkan perasaan malu kalau diri sendiri tidak amalkan. Maka pesanan untuk diri sendiri. 

Sekian Wassalam

Tuesday, 3 March 2015

8 pintu syurga

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 18
Sumber : Masjid Ar Ridzuan, 1/3/2015 - Ustaz Wan Kashah dan Ustazah Nor Bahiyah


Assalamualaikum WBT

8 pintu syurga

1) Pintu para Anbiya - Pintu untuk para nabi, Rasul dan dermawan
Kalau kita bukan hartawan, memadailah bersedekah dengan memberikan senyuman. Senyum adalah satu sedekah juga.

2) Orang yang mengerjakan solat dengan sempurna dan menjaga wuduk.
Cuba untuk menjaga wuduk setiap masa sebab bila ada wuduk, malaikat mendekat,syaitan menjauh.

3) Orang yang mengeluarkan zakat daripada harta benda

4) Orang yang suka menyuruh membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5) Orang yang menahan diri daripada mengikut hawa nafsu
Contoh terbaik, Nabi Yusuf AS menolak godaan Zulaikha kerana takutnya baginda dengan Allah SWT

6) Orang yang mengerjakan haji dan umrah.

7) Orang yang berjihad di jalan  Allah SWT.
Antara amalan, bangun untuk tahajud dan juga mencari rezeki yang halal.

8) Orang yang memejamkan mata dari benda dan perbuatan haram
Banyakkan amalan melakukan kebaikan, buat baik dengan ibu bapa dan menyambung silaturahim


Sekian , Wassalam

Tuesday, 24 February 2015

Tips untuk mengurangkan kerja rumah di hari minggu

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri : 12

Assalamualaikum WBT

Setiap hari aku pulang lewat dari kerja. Terlalu banyak perkara yang aku perlu pelajari dan selesaikan sampai aku sendiri tidak sedar hari sudah gelap. Bila pulang dari kerja memang badan sudah letih dan  tidak berdaya hendak buat apa apa pun. Jadi bila tiba hujung minggu , boleh dikatakan satu hari suntuk aku gunakan untuk membasuh baju dan mengemas. Maka untuk mengelakkan aku berkurung di dalam rumah membuat kerja rumah di hujung minggu maka aku membuat senarai yang perlu aku lakukan setiap hari supaya boleh mengurangkan kerja rumah di hujung minggu.

  • Basuh baju dua hari sekali
  • Lipat dan seterika baju terus apabila angkat dari ampaian. Ini untuk mengelakkan timbunan kain yang perlu dilipat di hujung minggu
  • Satu hari lap satu rak. Maka di hujung minggu tidak perlu mengelap rak 
  • Basuh tandas semasa mandi
  • Lap dapur setiap kali selepas masak. Maka ruang dapur tidak perlu dibersihkan hujung minggu
Apabila aku mula lakukan  perkara dia atas, terbukti aku dapat mengurangkan sedikit masa mengemas di hujung minggu, Dengan itu, bolehlah aku meluangkan masa aku untuk melakukan perkara perkara lain

Lain orang lain cara, maka terpulang pada individu untuk melakukan.   Hanya sedikit perkongsian yang tidak seberapa dari aku.

Sekian Wassalam


Sunday, 22 February 2015

Adab bersedekah

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 10
Sumber : Radion Ikim FM ( 8 am 22.2.2015)
Assalamualaikum WBT

Pagi ini saja keluar bersama Encik Suami. Seperti biasa tangan pun mula memutar mutar mencari stesen radio.  Pencarian berhenti di stesen radio Ikim FM apabila mendengar topik 
Adab Adab bersedekah. Aku tidak sempat mendengar secara keseluruhan tapi antara isi penting yang sempat aku catat untuk dikongsi bersama adalah :

  1. Kalau kita bersedekah dan mengharapkan balasan walaupun dengan ucapan terima kasih, maka habislah pahala sedekah tersebut. Maka sebaik baiknya lupakankah apa sahaja apa yang kita berikan kepada orang lain.
  2. Darjat ikhlas yang paling rendah .. Tidak tengok apa yang kita beri  dan tidak tengok kepada siapa yang kita beri - Imam Al Ghazali
  3. Syeikh Kaadir Al Jalani (penghulu segala wali) ditanya dengan soalan    'kepada siapa yang patut  aku infakkan harta aku'. Beliau menjawab 'Infakkan kepada siapa yang patut menerima dan infakkan pada siapa yang tak patut menerima, nescaya Allah SWT akan kurniakan rezeki yang patut kamu terima dan yang tidak patut kamu terima'.





Entri ini untuk peringatan kepada diri aku sendiri.

Sekian dan Wassaalam

Monday, 16 February 2015

Halwa Telinga di petang hari di dalam kereta.....

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Sumber : Ustaz Kazim Elias- Radio FM Nasional (95.3 FM) 6.30 pm
Entri: 6

Assalamualaikum warrahmatullah hiwaabarokatuh

Alhamdulilah. Hari ini dapat pulang awal sikit. Bukan sudah habis kerja. Kerja memang tidak akan habis,cuma Encik Suami datang menjemput. Wahh bertuah sungguh rasanya.


Hampir sesak.




Sepanjang perjalanan, tangan aku mula gatal menukar nukar setesen radio. Satu tabiat apabila menaiki kereta. Konon mencari lagu yang best . Sambil menukar, tangan terhenti di stesen Radio FM Nasional 95.3 fm. Hmm ada tazkirah dari Ustaz Kazim. Tajuk tazkirah








10 perbuatan yang tidak diterima Solatnya.
  1. Apabila mendengar azan dilaungkan tetapi tidak datang berjemaah. Maksud azan di sini adalah, apabila kita mendengar  suara bilal itu sendiri bukan melalui pembesar suara. Contoh apabila berada di dalam masjid, mendengar suara bilal melaungkan azan, tetapi tidak solat berjemaah. 
  2. Tidak menunaikan zakat. Solat dan zakat berkait rapat. Tidak diterima solat apabila tidak menunaikan zakat dan sebaliknya.
  3. Bezina. 
  4. Makan riba. Jauhi riba. Pilihlah kaedah kewangan Islam
  5. Menyamun dan mencuri. Amalannya tidak akan diterima selagi dia tidak bertaubat dan kembalikan hasil curi.
  6. Memakan benda haram. Contoh babi, anjing dsb
  7. Memakan benda yang tidak diizinkan atau dihalalkan. Contoh lori beras berlanggar di tengah jalan. Beras bertaburan dan kita mengambilnya, Maka di situ rezeki tidak halal maka jangan ambil.
  8. Jual benda dan makanan haram. Contoh tangkap dan jual ular sawa  di kedai makan Cina.
  9. Hamba yang lari dari tuan. Atau pada zaman sekarang suami meninggalkan anak isteri tanpa nafkah  zahir dan batin. Digantung tidak bertali. Tidak diterima solat si suami walaupun dia seorang Imam.
  10. Perempuan yang masam muka, bercakap dengan suara yang tinggi dan derhaka kepada suami. Ini yang selalu para isteri terbabas. Maka seelok eloknya minta maaf pada suami sebelum solat.
Aku kena hisab diri aku. Terutama no 10.  Ok


Sekian . Wassalam

Tuesday, 10 February 2015

Masa dan LRT

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri : 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Hari ini sudah masuk hari Selasa. Cepat sungguh hari berlalu. Seperti biasa pukul 6.30 pagi aku sudah mula bergerak ke pejabat. Kerja di mana mana pun rutin biasa keluar dari rumah mesti pukul 6.30 pagi.Tidak boleh lambat. Kalau lambat sikit sangkutlah dalam traffic jam.

Bekerja di tempat baru aku hanya pergi menggunakan pengangkutan awam. Tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas. Naik LRT, cari tempat duduk dan ZZZZZZ. Sungguh tidak produktif. Hehehe.

Tetapi lama kelamaan aku sudah rasa tidak boleh tidur. Maka dengan itu bermula episod aku melihat gelagat orang. Memang pelbagai kerenah yang aku boleh lihat sepanjang menaiki LRT. Ada yang tidur (macam aku), ada yang membaca dan ada juga berbual sesama sendiri. Tetapi yang paling aku selalu dapat tengok penumpang melayan handphone walaupun sambil berdiri.

Memang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit (kalau turun di tempat aku) memang ada beberapa perkara yang kita boleh buat dalam tempoh itu. Dulu ya aku memang akan tidur, tetapi lama kelamaan rasa hendak tidur  makin lama makin berkurangan. Oleh itu untuk memenuhi masa terluang selama 20 minit aku dapati ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan:

Aktiviti pertama
 1) Melayari gadget.
  •  Tidak kira handphone atau tab.  Boleh melayari apa apa sahaja yang anda suka. Jadi jangan hairan kalau kita boleh melihat penumpang senyum seorang diri sebab semua sibuk melayari web kegemaran masing

2) Baca buku. 
  • Tida kira buku apa novel, suratkhabar dan buku bercorak agama. Disyorkan membaca buku yang boleh memberi manfaat sebab berada dalam LRT tidaklah terlalu lama jadi tidak sempat hendak rasa bosan sudah hendak turun. Walaupun bunyinya macam tidak praktikal tetapi sekurang kurangya kita dapat juga membaca walau sedikit. Novel juga boleh tetapi tidak digalakkan untuk orang yang gila novel sebab masa terlalu singkat.(Untuk gila novel macam aku, masa yang tenang dan lapang disarankan untuk membaca novel dengan tenang)

3) Yang terbaik, membaca Al-Quran, berzikir
  •  Tidak perlu membawa Al- Quran tetapi dalam handphone sudah ada aplikasi Al-quran. Sambil sambil itu kita boleh cuba menghafal surah surah pendek terutama surah surah akhir di Juz 30. Boleh juga  membaca tafsir Alquran di dalam handphone. Dari pemerhatian aku memang sudah ramai yang lakukan ini . Alhamdulilah. Yang belum buat mari kita sama sama buat. Walaupun sekejap tetapi ada juga kebaikan. 

4) Ucapkan selamat pagi dan salam kepada rakan rakan kita melalaui wassup .
  • Dengan kata lain merapatkan silaturahim di waktu pagi

5) Tidur
  • Aktiviti yang amat popular. Jangan salah sangka dengan mengatakan mereka malas atau tiada kerja lain selain tidur, tetapi kita perlu ingat mungkin mereka telah memulakan hari mereka lebih awal dari kita dan dengan tidur sekejap seolah olah dapat  mengecaskan semula tenaga dan meneruskan kerja dengan rasa lebih segar. Betul tak?  

Akiviti aktiviti tersebut adalah aktiviti biasa. Tiada yang luar biasa pun. Tetapi daripada kita termenung sekurang kurangnya ada juga aktiviti yang boleh kita lakukan. Betulkan ?


Sekian