Monday 2 March 2015

Pemakanan semasa tempoh pantang selepas pembedahan endometriosis

Teks : Maizatul Sharin bt Mohamad Mokhtar
Entri : 17
Sumber : Klinik Dr Hamid Arshat

Assalamualaikum WBT

Selepas menjalani pembedahan laparoskopi aku perlu menjaga pemakanan untuk meningkat imuniti badan dan mengawal tumbesaran endomotriosis. (Endometriosis akan ada selagi kita datang haid)

1) Makan makanan berkhasiat -  Katakan tidak kepada junk food, fast food , makanan bergula, tepung tinggi protein dan makanan dalam tin . Kurangkan makanan yang tinggi asid  tinggi eg daging merah

2) Lebihkan bahan bahan mentah dan segar. Contoh sayuran,ulaman dan buahan. Untuk makanan berlauk banyakkan bakar, stim dan rebus. Banyakkan makan ikan . Tetapi aku pernah baca satu pendapat yang mengatakan untuk pesakit cyst, endometriosis dan fibroid elakkan makan ikan keli, pari dan bawal hitam sebab ia boleh mempercepatkan tumbesaran cyst.

3) Buat jus buahan sendiri.Sebab jus yang dijual di kedai mesti ada campur gula dan bahan bahan kimia yang tidak boleh dikenali oleh badan kita. Apabila  badan kita tidak mengenalpasti kandungan bahan maka ia akan menukarkan bahan yang tidak dikenali tersebut sebagai lemak. Ini juga salah satu cara untuk mengawal berat badan. Tipsnya mudah, kalau kita sendiri tidak tahu apa benda kandungan makanan itu, apatah lagi badan kita. Jadi kalau boleh ambil makanan yang kita sendiri kenal supaya badan pun kenal. Bila badan kenal maka senang badan hendak tukarkan kepada tenaga atau bahan buangan. Mudahkan!

4) Amalkan makanan sunnah. Kurma, minyak zaitun, anggur,kismis dan pelbagai jenis makanan sunnah. Bak kata doktor, kalau Rasullulah SAW sendiri yang makan, takkanlah makanan itu tidak elok. Betul tak ?

5) Makan ubat dan supplemen yang diberikan oleh Doktor

6) Basuh luka bedah setiap hari. 

7) Yang ini opsyen. Aku tidak galakkan makan pati haruan. Ya betul luka di permukaan memang tertutup dengan cantiknya tapi luka di dalam ia melekat di dinding organ yang lain. Ini pengalaman aku sendiri. Terpulang. Kalau baik untuk anda teruskan, tapi kalalau jadi macam aku baik jangan ambil.

Ini adalah perkongsian dari pengalam aku sendiri dan juga dari sumber Klinik Dr Hamid Arshat. Lain orang mungkin lain cara penjagaannya. Ikut mana yang bersesuaian.


Sekian ,Wassaalam.

 

 


1 comment:

  1. Saya dah terminum pati haruan hari tu 2 botol lepas buat laps..xpe ke?

    ReplyDelete