Monday 9 March 2015

Resepi ikan talapia masak sambal

Teks ; Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 22

Bila di kampung ada pelbagai aktiti boleh dilakukan. Antaranya menjala. Bila hari hujan parit parit di kampung akan penuh dengan ikan. Talapia, sepat, keli dan puyu antara yang popular. Rezeki kami hari itu talapia. Sebesar tapak tangan lelaki dewasa


Malam itu, lauk kami adalah talapia masak cili. Tapi sebelum itu basuhlah dahulu dengan garam dan lemon.


Garam dan lemon itu membasuh ikan
Selepas membasuh dan rendam bersama asam jawa, boleh sediakan bahan bahan. Bahan bahan mudah sahaja. Aku memang suka ringkaskan resepi. Bagi aku kalau rasa sudah sama tidak perlu letak banyak sangat bahan. Antara bahan yang akan digunakan untuk masak ikan talapia

Cili merah,bawang besar dan bawang putih



Tumbuk bawang putih sampai lumat

Tumbuk pula bawang merah 
Tumbuk pula cili merah sampai lumat
Sementara itu lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sedia untuk digoreng
Gorengkan ikan. Sengaja guna minyak banyak sebab hendak garing
Hampir masak

Sudah masak
Tumis pula bahan bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak dan biarkan sampai masak

Bila sambal sudah masak,curahkan sahaja di atas ikan. Jadilah ikan talapia masak sambal.

Sekian. Wassalam

No comments:

Post a Comment