Monday 16 March 2015

Resepi ayam kampung masak kicap

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 25

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku cuti dan kebetulan mendapat bekalan percuma ayam kampung dari sepupu, maka En Suami hendak makan ayam kampung masak kicap. Sebenarnya, ayam kampung agak liat berbanding ayam yang dibela. Dan disebabkan itu, ia lebih elok untuk masakan berkuah seperti kari, lemak atau rendang. Tetapi memandangkan En Suami suka ayam masak kicap maka resepi hari ini ayam kampung masak kicap. Resepinya :-

Bawang besar,bawang putih, halia, asam jawa, cili merah, bunga lawang, kulit kayu manis

Setengah ekor ayam kampung yang diperap bersama tepung gandum utuk menghilangkan bau hanyir

Bawang besar dikerat setengah,halia dan bawang putih ditumbuk bersama


Tumbuk separuh lumat. Tidak perlu terlalu lumat
Goreng ayam

Selepas goreng ayam, tumis bahan bahan yang sudah ditumbuk

Apabila sudah naik bau, masukkan cili boh sedikit


Masukkan juga asam jawa

Kacau dan biarkan ia mendidih

Sedia untuk masukkan kicap

Kicap sudah dimasukkan.

Bila kicap sudah sebati, masukkan hirisan bawang dan cili merah

Bila semua sudah sebati, masukkan ayam kampung yang telah digoreng. Masak sehingga kuah dan ayam  sebati bersama

Siap dan sedia untuk dimakan


Sekadar berkongsi resepi yang ringkas.

Sekian , Wassalam

No comments:

Post a Comment