Wednesday, 18 March 2015

Nasi Mandi Ayam dan Kambing

Teks : Maizatul Sharin
Entri : 26


Assalamualaikum WBT

Ha.. hari ini aku hendak perkenalkan satu produk baru. Memandangkan bulan puasa menjelang tiba dan pada masa ini tekak teringin macam macam tetapi tidak berkesempatan, ada cara mudah untuk memasak.

Nasi mandy memang sedap dimakan. Aromanya..wah boleh batal puasa. Aku pernah mencuba membuat nasi mandi menguunakan produk ini tetapi maaflah terlupa hendak mengambil gambar. Tetapi memang mudah untuk memasaknya. Rasa pun enak. Pendek kata kalau sudah masak menggunakan produk ini, aku rasa tidak perlulah untuk pergi ke restoran Arab. 

Aku memperkenalkan 



Set Nasi Mandy Kambing dan Ayam (RM 15 sekotak)
2 kotak mandy kambing 
2 kotak mandy ayam
RM 60 + RM10 kos penghantaran
RM70 harga termasuk pos penghantaran
 
Berminat pm 012 3027966 @ Maizatul 
atau
 isi borang tempahan

Sedap! Cubalah sebab aku sendiri pernah cuba. Mudah dan cepat. Resepi dan cara membuat sudah disediakan di kotak. Ikut sahaja. Insha Allah jadi. Bukankah seronok apabila keluarga kita makan hasil masakan kita. Rasa puas bila masak sendiri walaupun  pakej segera :-)
 
Sekian Wassalam 

Monday, 16 March 2015

Resepi ayam kampung masak kicap

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 25

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku cuti dan kebetulan mendapat bekalan percuma ayam kampung dari sepupu, maka En Suami hendak makan ayam kampung masak kicap. Sebenarnya, ayam kampung agak liat berbanding ayam yang dibela. Dan disebabkan itu, ia lebih elok untuk masakan berkuah seperti kari, lemak atau rendang. Tetapi memandangkan En Suami suka ayam masak kicap maka resepi hari ini ayam kampung masak kicap. Resepinya :-

Bawang besar,bawang putih, halia, asam jawa, cili merah, bunga lawang, kulit kayu manis

Setengah ekor ayam kampung yang diperap bersama tepung gandum utuk menghilangkan bau hanyir

Bawang besar dikerat setengah,halia dan bawang putih ditumbuk bersama


Tumbuk separuh lumat. Tidak perlu terlalu lumat
Goreng ayam

Selepas goreng ayam, tumis bahan bahan yang sudah ditumbuk

Apabila sudah naik bau, masukkan cili boh sedikit


Masukkan juga asam jawa

Kacau dan biarkan ia mendidih

Sedia untuk masukkan kicap

Kicap sudah dimasukkan.

Bila kicap sudah sebati, masukkan hirisan bawang dan cili merah

Bila semua sudah sebati, masukkan ayam kampung yang telah digoreng. Masak sehingga kuah dan ayam  sebati bersama

Siap dan sedia untuk dimakan


Sekadar berkongsi resepi yang ringkas.

Sekian , Wassalam

Friday, 13 March 2015

Adab adab memasuki tandas

Teks Maizatul Sharin
Entri 24
Sumber - Ustaz Abdul Rahman - Felio Dakwah Yadiem- TV Al Hikmah - Hyp TV (Channel 113)


Assalamualaikum WBT umat Rasullulah SAW

Salam Sejahtera. Semoga pagi ini kita semua dikurniakan keberkatan dalam menjalani kehidupan harian.

Bila bangun pagi, selalunya apa yang kita buat? Tentulah pergi ke tandas. Maka atas sebab itu mari kita amalkan apa yang Rasullulah SAW ajar umat baginda.

Adab adabnya :-

  • Baca doa masuk tandas
  • Masuk dengan kaki kiri
  • Bila masuk tandas, pastikan segala apa yang tertulis dengan kalimah Allah SWT ditanggalkan atau dikeluarkan. Bukan setakat nama Allah SWT ya, termasuk nama para Anbiya dan juga para ulama. Ini sebagai menghormati kesucian nama Allah SWT. Dari hadith sahih, Baginda Rasullullah SAW sendiri menanggalkan cincin baginda yang ada kalimah Allaah SWT. Tetapi umtuk handphone yang ada Applikasi AlQuran, itu tidak mengapa sebab ia disimpan dalam bentuk memori.
  • Jangan membuka aurat secara terus
  • Buang air  jangan menghadap atau membelakangi kiblat. Ini bedasarkan hadis sahih dari Imam Bukhari Muslim ' apabila salah seorang kamu pergi menunaikan hajat, janganlah kamu menghadap atau membelakangi kiblat.'Tetapi untuk mazahab Imam Shafie, kalau kita menunaikan hajat di tempat tertutup seperti dalam tandas, tidak mengapa. Adab ini terpakai sekiranya kita membuang air di tempat terbuka. Contoh membuang air di dalam semak berikutan tidak dapat mencari tandas.
  • Jangan buang air sambil berdiri (terutama orang lelaki)
  • Makhruh membuang air di tempat air bertakung
  • Makhruh buang air di dalam lubang. Dikhuatiri lubang tersebut adalah tempat tinggal makhluk Allah SWT yang lain.
Sekadar perkongsian untuk sama sama kita memperbaiki diri sendiri. Aku juga insan yang selalu kalah dengan hawa nafsu, jadi bila membaca coretan sendiri boleh mendatangkan perasaan malu kalau diri sendiri tidak amalkan. Maka pesanan untuk diri sendiri. 

Sekian Wassalam

Wednesday, 11 March 2015

Amalan harian mengikut Sunnah Rasullulah SAW

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri ; 23


Selalu aku bercerita pasal memjemput rezeki, tetapi mari kita betulkan niat kita. Kita berbuat sesuatu bukan semata mata untuk mejemput rezeki tetapi yang paling utama adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapat keredhaan-Nya. 

Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah untuk Allah SWT. Pesanan untuk diri sendiri dan kepada sesiapa yamg sudi membaca tinta dariku yang tidak seberapa, mari sama sama kita amalkan sunnah Rasullullah di waktu pagi selepas bangun tidur.

  • Bangun sebelum subuh---> Buat qiam walaupun sekejap.
  • Baca Al-Quran sebelum subuh----> Rasullulah SAW  buat setiap hari
  • Solat sunat sebelum subuh
  • Solat Dhuha


Sekian Wassalam

Monday, 9 March 2015

Resepi ikan talapia masak sambal

Teks ; Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 22

Bila di kampung ada pelbagai aktiti boleh dilakukan. Antaranya menjala. Bila hari hujan parit parit di kampung akan penuh dengan ikan. Talapia, sepat, keli dan puyu antara yang popular. Rezeki kami hari itu talapia. Sebesar tapak tangan lelaki dewasa


Malam itu, lauk kami adalah talapia masak cili. Tapi sebelum itu basuhlah dahulu dengan garam dan lemon.


Garam dan lemon itu membasuh ikan
Selepas membasuh dan rendam bersama asam jawa, boleh sediakan bahan bahan. Bahan bahan mudah sahaja. Aku memang suka ringkaskan resepi. Bagi aku kalau rasa sudah sama tidak perlu letak banyak sangat bahan. Antara bahan yang akan digunakan untuk masak ikan talapia

Cili merah,bawang besar dan bawang putih



Tumbuk bawang putih sampai lumat

Tumbuk pula bawang merah 
Tumbuk pula cili merah sampai lumat
Sementara itu lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sedia untuk digoreng
Gorengkan ikan. Sengaja guna minyak banyak sebab hendak garing
Hampir masak

Sudah masak
Tumis pula bahan bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak dan biarkan sampai masak

Bila sambal sudah masak,curahkan sahaja di atas ikan. Jadilah ikan talapia masak sambal.

Sekian. Wassalam

Friday, 6 March 2015

En Suami Usahawan Kambing

Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 21

Assalamaulaikum WBT

Hari ini hari Sabtu. Hari untuk istirehat. Maka aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung keduaku, kampung En. Suami. Di sana En Suami mempunyai satu projek kecil kecilan. Bolehlah, untuk mengisi masa lapang apabila kami pulang ke kampung. Kalau tidak lepas makan, asyik tidur saja sampai bosan.

Di kampung sebenarnya terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa kosong. Maklumlah rumah kampung, jadi kawasan memang besar berbanding rumah kami di bandar. Terasa luas pemandangan apabila berada di kampung. 

Jadi inilah projek kecil kecilan En Suami. Sila berkujung di blog En Suami

Masa bersantai

Masa meragut.

Meragut lagi.

Anak kambing yang baru berusia seminggu,bersama ibunya
Saya baru hendak belajar makan rumput
Saya sudah gemuk
En Suami kata, beliau hendak ikut  jejak para Anbiya sebab kebanyakan para rasul pada usia muda pernah menjadi penggembala. Contoh Rasullulah SAW, Nabi Musa  AS dan Nabi Yaakub AS. 

Sekian Wassalam

 



Syukur

Teks : Maizatul Sharin bt Mohamad Mokhtar
Entri : 20

Assalamualaikum WBT

Hari ini aku ditugaskan untuk mengira komisen pekerja dan seterusnya memeriksa pengiraan overtime dan claim. Pertama kali aku lakukan memandangkan sebelum ini aku hanya bertanggungjawanb dalam penyediaan laporan kewangan sahaja. Tetapi di tempat baru ini dari A sampai Z semua aku perlu lakukan. Banyak perkara yang perlu dipelajari.

Bila aku terima dan mula memeriksa overtime pekerja, aku terkejut. Sebab? Nama aku tersenarai sebagai penerima attendance allowance. Aik aku pun layakkah? Aku tanya semula kepada rakan sekerja aku yang bertanggungjawab dalam pengiraan gaji. Rupa-rupanya setiap pekerja layak mendapat attendance allowance sekiranya dia bekerja sebulan tanpa MC atau cuti. Ini sudah bagus.

Rezeki tidak disangka sangka. Ya Allah ya Tuhanku, Alhamdulilah.  Mungkin sesetengah orang merasakan jumlah yang aku terima tidak banyak tetapi aku tetap bersyukur sangat sebab terasa Allah mendengar doaku. Ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk bekerja.

Biarpun segunung rezeki atau sekumit rezeki yang Allah kurniakan aku sebagai  hambaNya  tetap bersyukur. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal, yang berkat, yang diredhai kepada kita semua. Amin

Sekian Wassalam