Teks : Maizatul Sharin Mohamad Mokhtar
Entri 25
Assalamualaikum WBT
Hari ini aku cuti dan kebetulan mendapat bekalan percuma ayam kampung dari sepupu, maka En Suami hendak makan ayam kampung masak kicap. Sebenarnya, ayam kampung agak liat berbanding ayam yang dibela. Dan disebabkan itu, ia lebih elok untuk masakan berkuah seperti kari, lemak atau rendang. Tetapi memandangkan En Suami suka ayam masak kicap maka resepi hari ini ayam kampung masak kicap. Resepinya :-
|
Bawang besar,bawang putih, halia, asam jawa, cili merah, bunga lawang, kulit kayu manis |
|
Setengah ekor ayam kampung yang diperap bersama tepung gandum utuk menghilangkan bau hanyir |
|
Bawang besar dikerat setengah,halia dan bawang putih ditumbuk bersama |
|
Tumbuk separuh lumat. Tidak perlu terlalu lumat |
|
Goreng ayam |
|
Selepas goreng ayam, tumis bahan bahan yang sudah ditumbuk |
|
Apabila sudah naik bau, masukkan cili boh sedikit |
|
Masukkan juga asam jawa |
|
Kacau dan biarkan ia mendidih |
|
Sedia untuk masukkan kicap |
|
Kicap sudah dimasukkan. |
|
Bila kicap sudah sebati, masukkan hirisan bawang dan cili merah |
|
Bila semua sudah sebati, masukkan ayam kampung yang telah digoreng. Masak sehingga kuah dan ayam sebati bersama |
|
Siap dan sedia untuk dimakan |
|
|
|
Sekadar berkongsi resepi yang ringkas.
Sekian , Wassalam
No comments:
Post a Comment