Entri 21
Assalamaulaikum WBT
Hari ini hari Sabtu. Hari untuk istirehat. Maka aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung keduaku, kampung En. Suami. Di sana En Suami mempunyai satu projek kecil kecilan. Bolehlah, untuk mengisi masa lapang apabila kami pulang ke kampung. Kalau tidak lepas makan, asyik tidur saja sampai bosan.
Di kampung sebenarnya terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa kosong. Maklumlah rumah kampung, jadi kawasan memang besar berbanding rumah kami di bandar. Terasa luas pemandangan apabila berada di kampung.
Jadi inilah projek kecil kecilan En Suami. Sila berkujung di blog En Suami
Masa bersantai |
Masa meragut. Meragut lagi. |
Anak kambing yang baru berusia seminggu,bersama ibunya |
Saya baru hendak belajar makan rumput |
Saya sudah gemuk |
En Suami kata, beliau hendak ikut jejak para Anbiya sebab kebanyakan para rasul pada usia muda pernah menjadi penggembala. Contoh Rasullulah SAW, Nabi Musa AS dan Nabi Yaakub AS.
Sekian Wassalam
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment