Entri : 13
Sumber : Mudahnya Menjemput Rezeki - Fathuri Salehudin
Assaalamualaikum WBT
"Kita wajib berikhtiar kerana ikhtiar itu adalah perintah Allah SWT. Dan kita dianugerahkan pahala apabila berikhtiar. Namun, bukan ikhtiar itu syarat bertambahnya rezeki. Usaha bukanlah penyebab mutlak rezeki bertambah, kerana yang mutlak hanyalah ketentuan Allah SWT"
- Fathuri Salehudin
Apabila aku membaca ayat ini di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Fathuri Salehudin, baru aku tersedar bahawa selama ini aku terlalu bergantung dengan usahaku sendiri. Aku terlampau memegang kata kata Usaha Tangga Kejayaan . Ya Betul usaha tangga kejayaan tetapi perlu ingat yang menentukan kejayaan itu adalah Pencipta segala makhluk yang ada di langit dan di bumi iaitu Allah SWT. Tanpa izin-Nya walaupun sudah berusaha bersungguh sungguh, tetap tidak akan memperolehi kejayaan. Di sini rupanya Allah menguji kesabaran aku. Aku mula sedar bahawa Allah SWT sedang mendidik aku untuk menjadi orang yang sabar. Sabar adalah separuh daripada iman.
Perkara ini adalah berkaitan usaha aku untuk memperolehi zuriat. Aku telah mendirikan rumahtangga hampir sepuluh tahun. Tahun demi tahun aku sentiasa menunggu agar Allah SWT membuka rezeki aku untuk bergelar ibu. Namun hingga ke hari masih belum lagi sampai rezekiku.
Dan atas sebab inilah, aku sukar untuk hamil. Dan biasanya penghidap endometriosis menpunyai rahim terbalik (retroverted uterus).
Rahim terbalik akan melawan graviti |
Secara normal, rahim akan berada di hadapan tetapi apabila terbalik ia akan condong ke belakang dan melawan graviti. Dan apabila melawan graviti ia akan menyukarkan pergerakan sperma. Sperma akan sukar masuk ke tiub fillapio kerana perlu melawan graviti dan seterusnya menyukarkan ia bertemu dengan ovum.
Maka di sini aku ada dua masalah untuk hamil. Endometriosis aku pula dalam kategori 'fast growth'. Maksudnya boleh membesar dengan keadaan pantas dan menyukarkan lagi untuk hamil. Persamaan seperti ini :-
Ovum mengecil apabila endemotriosis membesar. Ovum yang kecil menjadi tidak matang dan tidak dapat disenyawakan.
Pilu rasanya apabila mendengar keterangan doktor. Tetapi aku kuatkan juga semangat untuk aku berusaha untuk hamil. Dan setiap kali aku gagal, aku berasa amat kecewa. Aku lupa usaha aku bukan menentukan kejayaan, tetapi Allah SWT. Apabila aku membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, aku rasa terpukul. Kalau sudah ditetapkan bukan rezeki aku, buatlah macamana sekalipun tetap bukan rezeki aku. Aku perlu tingkatkan lagi penyerahan aku kepada Allah SWT. Entri ini adalah untuk peringatan kepada diriku sendiri. Jangan terlalu yakin dengan usaha sendiri. Berusaha sebab Allah mengarahkan aku untuk berusaha. Berjaya atau tidak bukan atas usaha aku, tetapi atas izin Allah SWT. INGAT! Andai aku gagal lagi, sekurang kurangnya aku tahu Allah SWT sedang mendidik aku untuk menjadi orang yang sabar. Alhamdulilah.
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment