Entri :3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Aduhai hari yang amat memenatkan. Kenapa?
1) Permulaan hari yang tidak begitu baik. Sebab ?
- Bangun pagi terus teringatkan kerja yang berlambak lambak. Bukan berlambak tetapi mengejar dateline. Pergi kerja dengan langkah yang longlai. Rasa hendak menangis dan nak resign pun ada. Sampai di stesen LRT hati berat hendak turun dari kereta. Ish ish ish. Stress sangat.
- Tempat kerja baru berpusat di Bangkok maka dengan itu pelbagai arahan dari sana yang perlu dibuat. Waduh aku cuma ada sepasang tangan. Tak terkejar aku dibuatnya. Mana satu tugas yang perlukan diutamakan? Semuanya URGENT. Skype, Line semua berkelip perlukan perhatian.. Adalah lebih kurang sebegini keadaan aku hehehe
Dalam keadaan begini apa yang kita perlukan lakukan untuk menangani stress ?
Apa yang boleh kita buat ?
Antaranya :
- Jangan terus masuk ke pejabat. Lencongkan langkah ke surau.
- Ambil wuduk dan buat solat sunat Dhuha
- Selepas solat, baca Al-Quran. Tidak kisah ayat apa yang penting ayat Al Quran
- Dirikan solat sunat Taubat. Kita terlalu banyak dosa pada Allah SWT. Segala stress, rasa tidak puas hati datangnya dari hati kita. Bila wujud perasaan sebegitu akan ada rasa tidak puas hati terhadap apa yang Allah SWT telah tentukan untuk kita. Ini memang lumrah manusia. Jadi sentiasa istighfar dan bertaubat. Sambil itu berdoa,
"Ya Allah berikan aku ketenangan dan keredhaaan dalam aku menjalani takdirku. Buangkan perasaan tidak puas hati dan buruk sangka kepadamu. Sebab bila aku ada perasaan sebegini, maka aku sudah kufur dengan nikmat yang telah kau berikan kepadaku. Ampunkan aku Ya Allah. Aku terlalu mengikut nafsuku. Redhakan hati aku Ya Allah supaya aku kuat dan tabah dalam menghadapi kerja aku pada hari ini. Amin"
- Sudah selesai solat, maka tarik nafas dan mula melangkah menuju ke pejabat sambil berzikir
dan selawat nabi
Isha Allah. Bebanan kerja memang tidak akan berkurangan tapi sekurang kurangnya Allah SWT berikan ketenangan dalam menghadapi tekanan ketika bekerja. Segala yang buruk datang dari aku. Yang baik pasti dari Allah SWT.
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment